Monday, May 25, 2009

Semakin ramai yang berminat, anda????

Salam,
maaf kerana dah lama sgt tak update blog saya ni sebab agak busy sikit lately ni dan banyak order buat masa skang ni...
ada ramai yg tanya kan pada saya harga selendang Siti ni mcm yang saya ckp harga nyer adalah RM80 tp.... kami jual harga lebih murah dr harga market di luar jangan tak percaya.... dan kualiti nyer cuma anda bandingkan sendiri....
Tak lupa juga untuk terima kasih pada customer saya Alia di UPM tudung dah sampai dah kan, nanti yang untuk pakai raya tuh leh order awal takut tak cukup tangan pulak di buatnyer, juga terima kasih untuk Ana dari Brunei serta Hidaya, Muna, Zura dan insyaAllah jumpa kita nanti di majlis perkahwinan abang nyer, serta ImaDean kenalan saya dr blog yang telah menang best Dress untuk Dinner Family Day di Port Dickson, tahniah saya ucapkan... u deserve it lah ehhhheheh......

Kepada sesiapa yang berminat juga masih tidak terlalu lewat untuk membuat tempahan kepada saya sila email, sms atau terus call saya...

Disini saya sertakan beberapa foto untuk tatapan anda semua dr customer saya Imadean, thanks for the mms pic...

Wednesday, May 13, 2009

Pilihan color

Salam,
sebelum saya bercuti ni ada beberapa color selendang untuk tatapan anda semua, layannnnn..... jangan lupa kalau berminat hubungi saya segera sebelum yang lain dapat dulu ok......


















Stock Terbaru Selendang Siti





Salam,
Pada minggu ini saya terima banyak sms, panggilan or email yang nak order tudung, terima kasih kepada semua yg memberi sokongan juga kepada suami tercinta yg selalu bersama membantu ehheheh........
Hari ini saya akan ke singapura kerana bercuti di samping menghantar tudung kepada pembeli dr Singapura, tp anda semua masih boleh menghubungi saya melalui email di huda1206@yahoo.com atau pun terus sms saya di 019-3222336 nanti saya akan cuba reply secepat mungkin, anyway thanks to all kerana memberi support dan andai ada sesiapa yg berminat anda masih berpeluang membuat tempahan kepada saya secepat mungkin, anda mungkin boleh menambah koleksi tudung Siti terkini dengan pelbagai warna dan nantikan Selendang Siti yang terbaru nanti.. lepas bercuti nanti saya akan upload gambar terbaru tp buat masa ni anda semua boleh pilih mengikut citarasa sendiri...


Sunday, May 10, 2009

Selendang manik Siti Ekslusif...

Wardah dr Muar Johor, di antara customer saya yg terawal, thanks to Wardah sebab MMS pic kat i.. kalao ada masa nanti kita jumpa.....













Salam, seperti yang saya janjikan di sini saya ada nak tunjukkan kepada customer yang selalu bertanya bagaimana bentuknyer selendang manik siti ekslusif... untuk sebarang pertanyaan mcm biasa sila ajukan kepada saya untuk seterusnya.......

Ibu...Ibu.... engkaulah Ratu hatiku....

Salam,
selamat hari ibu kepada semua ibu- ibu di dunia tak kira di mana berada dan dlm apa jua keadaan sekalipun, sesungguhnya segala pengorbananmu tidak ternilai harganya, melahirkan, membesarkan mendidik dengan penat lelah sebagai seorang ibu, jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayat kami....
Ramai yang mengambil peluang pada hari ibu ini untuk mengucapkan serta meraikan hari ibu yang semakin mendapat perhatian dikalangan anak2 pada masa kini tidak kira umur.... thanks kepada customer saya en. syed yang call saya pada sabtu malam dan mintak saya hantarkan selendang siti color hitam untuk diberikan kepada ibu yg tercinta.... bertuah ibu nyer sebab dapat anak yg tak pernah lupa nak berikan hadiah sempena hari ibu sedunia semalam.... juga ditujukan selamat hari ibu buat mama yang tersayang, i love u so much and u are my everything more than anything in this world MAMA.....

Tuesday, May 5, 2009

Thank you to all my beloved customer

Salam, sehingga hari ini dah banyak dah tudung yang telah di jual... anyway nak ucapkan terima kasih banyak2 yang tak terhingga pada semua customer... alhamdulillah nampak nyer semakin ramai yang makin peka dengan perkembangan tudung terkini....

Saya akan menambah stock baru dalam sedikit masa lagi memandangkan permintaan yang tinggi dari customer yang berminat.... kepada kak siti dari bangsar yang baru order tadi insyaAllah 2 helai tudung yg kak siti order tu petang ni dah boleh dapat dan esok dah boleh pakai ehheheheh, thanks juga kerana sudi membeli... berikutan bulan 5 cuti sekolah dan banyak majlis perkahwinan so permintaan pun agak tinggi dan saya akan menambah stock dengan color2 yang lebih menarik....

Kepada pelanggan yang baru melayari blog saya ini, kedatangan anda semua amatlah dialu- alukan dan dapatkan segera tudung terbaru dari stock baru saya yang akan datang ini kerana harga yang ditawarkan amat berbeza dari harga di pasaran.... semoga semua enjoy dengan melayari blog saya ini.... thank you...

Sunday, May 3, 2009

Semakin menjadi Pilihan dapatkan segera!!!!

Salam,
Thanks to all my friends yg sudi menjenguk ke blog saya pada hari ini, anyway sepanjang cuti hujung minggu ni saya agak kurang sihat dan tidak terlalu aktif dlm aktiviti menjual beli disebabkan masalah kesihatan tp alhamdulillah saya telah sihat seperti biasa semula dan memulakan aktiviti seperti biasa...
Semalam sempatlah jugak saya bertemu Siti Haslinda yg telah menempah tudung dan saya bawakan juga tudung yang lain manalah tahu ada color2 lain yg menjadi pilihan dan siti telah berkenan 3 helai tudung Siti iaitu color hitam, putih dan brown mmg cantik semua pilihan siti tuh...

Kepada pembaca lain yg melayari blog saya ini, apa lagi jangan lepaskan peluang dapatkan selendang siti yang terkini dipasaran dengan harga yang sangat berpatutan serta kualiti yang terjamin dan anda semua akan berpuas hati....